Killing Me Inside "Tormented"

Minggu, 15 Januari 2012

MALAYSIA


B. LETAK, LUAS, DAN BATAS WILAYAH MALAYSIA
1) Letak Astronomis
Malaysia Timur berada pada posisi 1ºLU-7ºLU dan 100º40’BT-119ºBT.Malaysia Barat terletak pada posisi 1ºLU-7ºLU dan 100ºBT-104º02’BT.
2) Luas Wilayah
Luas wilayah Negara Malaysia adalah 330.300 Km2
3) Batas Wilayah
Malaysia timur
a.sebelah utara dibatasi oleh Negara Brunei Darussalam dan Filiphina.
b.sebelah timur dibatasi oleh Laut Sulawesi.
c.sebelah selatan dibatasi oleh Negara Indonesia.
d.sebelah barat dibatasi oleh Laut Cina selatan dan Indonesia.
Malaysia barat
a.sebelah utara dibatasi oleh Negara Thailand.
b.sebelah timur dibartasi oleh Laut Cina selatan
c.sebelah selatan dibatasi oleh Negara Singapura dan Indonesia.
d.sebelah barat dibatasi oleh Selat Malaka.





C. BENTANG ALAM NEGARA MALAYSIA
          Malaysia barat merupakan semenanjung besar yang membujur arah barat laut ke tenggara mulai dari Provinsi Kedah, Perak dan Kelantan sampai Johor. Sebagian besar wilayah Malaysia Barat berupa daerah pegunungan yang merupakan kelanjutan dari rangkaian Pegunungan Sirkum Mediterania. Beberapa gunung tinggi yang terdapat di Malaysia barat antara lain Gunung Tahan (2.190 mdpl), Gunung Batu Puteh (+ 2000 mdpl).]
          Malaysia timur juga di dominasi Pegunungan Tinggi yang tingginya di atas 1000 m dari permukaan laut. Di Sabah, Pegunungan Croker yang membujur ke    arah timur laut sejajar dengan pantai memuncak di Gunung Kinabalu (4.101 m). Gunung ini merupakan puncak tertinggi di Malaysia. Sabah dan Serawak memiliki dataran pantai yang sempit. Malaysia timur juga dilintasi sungai-sungai besar meliputi Sungai Rajang (550 Km) dan Sungai Baram (440 Km).
D. IKLIM NEGARA MALAYSIA
Malaysia terletak dalam kawasan doldrum khatulistiwa dan jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung. Hakikat ini benar walaupun ketika musim kemarau teruk. Cahaya matahari juga boleh diperolehi setiap hari, tanpa mengira musim. Jarang sekali Malaysia mengharungi tempoh di mana cahaya matahari tidak kelihatan, walaupun semasa musim monsun timur laut. Iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam sepanjang tahun, dengan julat perbezaan suhu yang agak kecil sepanjang tahun. Udaranya mempunyai kadar kelembapan (humidity) yang tinggi, dan mempunyai tiupan angin yang, pada keseluruhannya, agak lemah.
Keadaan angin di Malaysia tidak kencang dan arahnya berubah-­ubah. Terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek. Semasa musim-­musim peralihan monsun, semasa palung khatulistiwa merentangi Malaysia, angin berkelajuan lemah dan arahnya berubah-­ubah.
Monsun barat daya biasanya bermula pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun dan tamat pada akhir bulan September. Angin lazim bertiup dari arah barat daya dengan kelajuan tidak melebihi 15 knot. Monsun timur laut bermula awal November dan berakhir pada bulan Mac. Angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-­negeri pantai timur Semenanjung Malaysia lebih terjejas di mana kelajuan angin boleh melebihi 30 knot akibat luruan kuat udara sejuk dari utara (luruan sejuk).
Sebagai negara yang dikelilingi laut, Malaysia merasai kesan nyata dari tiupan bayu laut dan bayu darat, terutama pada hari-hari yang tidak berawan. Pada petang yang cerah, bayu laut dengan kelajuan 15 knot akan terjadi dan boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan pendalaman. Pada malam langit terang, proses sebaliknya berlaku dan bayu darat akan terjadi di kawasan pantai.
E. KEADAAN EKONOMI NEGARA MALAYSIA
Mata pencaharian penduduk Malaysia adalah pertanian atau agraris. Hasil pertanian utama Malaysia adalah karet dan kelapa sawit. Hasil tambang yang utama adalah Timah. Maaysia merupakan penghasil Karet terbesar di Dunia. Nelayan-nelayan masih menggunakan perahu tradisional dan sedikit menyerap tenaga kerja.
v Mata uang : Ringgit
v Hasil Pertanian : Karet, Kelapa Sawit, Beras, Kayu
v Hasil Tambang : Timah, Besi, Minyak, Bauksit
v Hasil Industri : Elektronik, Tekstil, Pakaian, Kimia, Minyak, Mabel dari kayu, dan Rotan
v Ekspor Utama : Elektronik, Alat-alat listrik, Minyak dan Gas, Tekstil, Pakaian, dan Minyak Sawit
v Impor Utama : Alat-alat Industri, Mesin, dan Transportasi
v Pendapatan Perkapita: US$ 4960 (Tahun 2005)







D.KONDISI SOSIAL BUDAYA
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.
Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor.
Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga. Seperti rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih.  

Tidak ada komentar:

Posting Komentar